

Adoii, title dah macam ala2 High School Musical la pulak. Jangan risau,

saya mencoret disini hari ni bukan pasal musical atau apa2 yang sewaktu dengannya.

Macam yang semua dah tahu umur saya 16 tahun ni. Syukur alhamdulillah saya masih deberi kesempatan oleh-Nya untuk terus menghirup udara segar dan menikmati ciptaan-Nya dimuka bumi ini selama 16 tahun. Syukur alhamdulillah sekali lagi saya panjatkan kepada yang Maha Esa.

Saya harap saya masih diberi peluang untuk terus hidup sampai tahun depan, tahun berikutnya dan seterusnya. InsyaAllah. Cuba tengok kalendar dekat rumah masing2. Tak payah la buat memek muka terkejut beruk tu. Ya, hari 30 Disember. Sudah! Jangan nganga mulut luas-luas.

Saya ulang, HARI NI 30 DISEMBER. Bermakna esok 31 Disember, dan lusa 1 January tahun 2012. Sudah tahun baru kita ya..? Betapa cemburunya masa

dengan anak cucu cicit Adam yang masih berleka-leka, bermain-main tidak ingat dunia seperti saya. Tahun 2012 merupakan penghujung zaman persekolahan saya dan semua batch 1995. Tahun 2012 kami bakal menghadapi SPM. Tahun 2012 kami akan jadi SENIOR!! Wahh, sungguh gah gelaran itu. Saya masih ingat waktu pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan menengah. Betapa jelesnya saya tengok akak2, abang2 senior. Dorang nampak besar sangat. Kami adik2 ni, nampak kecik sangat. I remembered when I want time to fly fast. I really wanna be a senior. Waktu tu mula la saya fikir,"Kalau nanti aku dah form5, pastu dah tak payah pergi sekolah, AKU BEBASSS!!" Itu je yang selalu bermain dalam kepala hotak saya ni. Tapi sekarang baru saya sedar. Terima kasih kepada masa yang telah mematangkan kita semua. Saya sedar mejadi seorang senior bukanlah satu petanda yang baik. Itu tanda zaman persekolahan kita akan tamat dalam masa setahun! Segala kenangan zaman persekolahan hanya tinggal kenangan. Kita akan meninggalkan sekolah, guru, dan yang paling penting kawan2. Uisyy, simpang malaikat 44. Saya taknak lose contact dengan kawan2 sekolah.

Tapi siapa kita untuk berkata begitu..? Semua orang taknak, saya pun taknak. Tapi kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Lepas habis sekolah, kalau yang bijak2 tu sambung study oversea. Yang suam2 kuku sambung belajar dalam Malaysia. Tak ada jaminan hubungan kita dengan kawan2 akan kekal macam zaman persekolahan. Tentu masing2 bawa haluan masing2. I used to like SENIOR YEAR because it marks FREEDOM but now I hate it. It is like the end of my youth and all I can cherish is only sweet memories. Isyhh, tak sangka saya dah nak masuk form 5 *sambil tampar2 pipi*

TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY SAYA YANG PELIK :)
0 comments:
Post a Comment